𝟭. 𝗔𝗻𝘀𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵
Apabila anda membeli rumah di usia muda, ansuran bulanan akan jadi lebih rendah berbanding apabila anda membeli di usia lanjut.
“Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin sedikit jumlah bayaran bulanan”
Contoh 1:
En Amin beli rumah pada usia 25 tahun. Maka beliau akan dapat tempoh pinjaman selama 35 tahun dengan bayaran bulanan yang rendah.
Contoh 2:
Pn Anis beli rumah pada usia 40 tahun. Maka beliau akan dapat tempoh pinjaman selama 30 tahun dengan bayaran bulanan yang tinggi.
𝟮. 𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗔𝗱𝗮 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿
Ketika masih bujang lah waktu sesuai untuk anda fokus menyimpan. Ini sebab anda belum ada tanggungan/komitmen seperti isteri dan anak-anak.
Bila anda sudah ada kerja, boleh start buat simpanan untuk anda buat investment dan dapat aliran tunai positif di masa hadapan. Contohnya apabila simpanan sudah cukup, boleh beli rumah murah dan jadikan rumah sewa. Duit sewa tersebut boleh anda buat untuk bayar ansuran bulanan rumah.
𝟯. 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
Semakin lama, semakin tinggi nilai hartanah.
Misalnya 10 tahun lepas, harga rumah landed di Pasir Gudang hanya RM 115,000. Belum tentu sekarang akan ada rumah landed berharga seperti itu.
Jadi tidak mustahil, 10 ke 20 tahun akan datang harga rumah akan lebih tinggi.
Jadi, sekiranya anda sudah cukup simpanan dan ilmu mengenai hartanah. Cepat-cepatlah beli rumah.