𝗨ntung ke Beli “𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗦𝗨𝗞” ?

Untung Ke Beli Rumah Busuk

Pertama sekali, apa itu rumah busuk?

Dalam sektor hartanah, panggilan rumah busuk ini diberikan apabila sesebuah rumah itu dalam keadaan yang terbiar dan telah dipenuhi semak samun, sampah sarap, ada mengalami kerosakan yang teruk, vandalisme atau pun lebih mengerikan ada haiwan liar seperti ular dan sebagainya.

Apabila orang dengar atau lihat keadaan rumah yang macam ni, sudah tentu akan membuatkan sesiapa pun akan berfikir berkali-kali sama ada ingin beli atau tidak rumah busuk ini. Ada juga yang berpendapat, kalau beli rumah busuk ini akan mendatangkan musibah pada diri sendiri di masa hadapan. Sebab ada persepsi yang mengatakan ‘rumah macam ini mesti dah jadi lubuk haiwan liar, lubuk jenayah dan juga ada perkara mistik’. Tapi betul ke semua ni?

Berikut senarai rumah busuk yang ada dipasaran, anda baca dan nilai sendiri.

𝟭. 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗯𝗮𝗵𝘀𝘂𝗮𝗶

Ada sesetengah pembeli memang mencari dan nak beli rumah busuk sebab biasanya harga rumah busuk ni di bawah harga pasaran. Iaitu antara 10% sehingga ke 50% bergantung kepada keadaan rumah dan lokasi.

Kebiasaannya, pemilik hartanah tersebut akan jual rumah tersebut dengan harga yang jauh lebih murah dan di bawah market value. Jarang sekali pemilik hartanah nak jual rumah ikut market value dengan keadaan rumah yang tidak menarik. Sudah tentu rumah beliau tidak akan laku.

Dalam kes seperti ini, kedua-dua pihak pemilik hartanah dan pembeli akan untung.

𝟮. 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗴𝗶

Rumah busuk yang sudah diubahsuai menjadi lebih sempurna akan mencipta market value yang baru. Bukan itu sahaja, anda siap boleh ubah suai rumah mengikut citarasa anda sendiri dengan menambah elemen-elemen seperti berikut:

  • Tambah porch kereta
  • Besarkan dapur
  • Pasang plaster siling
  • Pasang tiles
  • Rewiring (tambah smart house system)
  • Bina table top + kabinet dapur
  • Tukar autogate
  • Cat dinding

Bagaimanapun, Bro Sham amat berbesar hati bila dapat listing rumah busuk ni. Sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai perunding hartanah, sudah banyak rumah busuk terjual selepas dibaiki dan diubah suai oleh Bro Sham.
Bila dapat listing rumah busuk, Bro Sham akan sediakan khidmat proses cleaning dan ubahsuai. Bukan sahaja sebab rumah busuk ini mempunyai permintaan yang tinggi kerana market value nya yang rendah, tapi Bro Sham sangat gembira bila Bro Sham dapat membantu ramai orang miliki rumah pertama mereka. Alhamdulillah.

Jadi untung ke rugi beli rumah busuk ni?

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To