Apa Itu Deposit Rumah Sewa

Ramai yang beranggapan bahawa deposit sewa rumah ini sebenarnya membebankan penyewa dan tidak perlu pon diwujudkan. Tapi tahukah anda tanggapan ini sememangnya tidak benar. Kenapa? Jom kita baca lebih lanjut…

Sebelum itu, Bro Sham terangkan dulu apa itu ‘Deposit Sewa Rumah’.

Secara umumnya, deposit rumah sewa ialah sejumlah wang yang diserahkan oleh pihak penyewa kepada tuan rumah sebagai salah satu syarat wajib sebelum masuk menyewa. Wang tersebut akan menjadi jaminan kepada tuan rumah sekiranya berlaku sebarang kerosakan, tunggakan atau masalah yang berkaitan. Wang tersebut juga akan dipulangkan kepada penyewa selepas tamat tempoh menyewa SEKIRANYA tiada sebarang masalah yang timbul.

𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝘄𝗮

  1. Deposit Tempahan (Booking Deposit)
    Deposit tempahan akan diserahkan kepada tuan rumah setelah pihak penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut. Sekiranya tuan rumah telah menerima deposit ini, bermakna beliau tidak boleh lagi menerima tawaran daripada mana–mana pihak lagi. Kebiasaannya, tuan rumah akan minta jumlah deposit serta jumlah sewa bulanan.
  2. Deposit Utiliti
    Deposit utiliti ini biasanya dikenakan kepada pihak penyewa sekiranya mereka akan menanggung bil elektrik dan air sepanjang tempoh menyewa. Hal ini bagi mengurangkan risiko sekiranya terdapat sebarang tunggakan. Kebiasaannya, jumlah deposit utiliti akan diminta bersamaan dengan sewa bulanan.
  3. Deposit Sekuriti
    Deposit sekuriti ini lebih dikenali sebagai wang perlindungan bagi pihak tuan. Tuan rumah boleh menggunakan deposit ini untuk menanggung kerugian sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pihak penyewa. Segala kos pembaikian akan ditolak daripada deposit sekeruti tersebut.
    Biasanya, penyewa perlu memaklumkan kepada pihak tuan rumah dua bulan awal sekiranya ingin menamatkan tempoh menyewa. Namun, sekiranya pihak penyewa gagal melakukan perkara tersebut, pihak tuan rumah berhak menolak deposit sekuriti tersebut untuk menggantikan kos kerugian dua bulannya.
    Jenis deposit sekuriti yang sering digunakan:

1+1
1 Deposit Sekuriti + 1 Deposit Utiliti
RM1,000 + RM 1,000
= RM2,000

2+1
2 Deposit Sekuriti + 1 Deposit Utiliti
RM2,000 + RM1,000
= RM3,000

2+1+1
2 Deposit Sekuriti + 1 Deposit Utiliti + 1 Sewa Bulanan Pertama
RM2,000 + RM1,000 + RM1,000
= RM 4,000

Pengiraan

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To