“ROI” ialah singkatan untuk 𝗥𝗲𝘁𝘂𝗿𝗻 𝗢𝗳 𝗜𝗻𝘃𝗲𝘀𝘁𝗺𝗲𝗻𝘁.
Berdasarkan nama di atas pun kita dah boleh agak kan ROI ini mengenai apa kan?
Secara umumnya, ROI atau Return of Investment bermaksud pulangan pelaburan yang diperolehi hasil daripada pelaburan (hartanah) yang dilakukan selepas satu tempoh masa atau tujuan sewaan.
Contohnya ada sesetengah pelabur membeli hartanah pada tahun ini dan bercadang ingin jual hartanah tersebut pada 5 atau 10 tahun akan datang. Sebab mereka tahu nilai hartanah akan sentiasa meningkat dan mereka boleh mendapat keuntungan cash flow yang positif.
Selain itu, ada sesetengah pembeli pula beli hartanah dengan tujuan untuk menyewakan hartanah tersebut. Hal ini kerana, sekiranya pemilik hartanah tahu proses dan langkah yang betul mengenai sewaan. Mereka boleh menjana aliran positif setiap bulan.
Contoh 1 :
𝗦𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗮𝗹
Encik Ali membeli rumah Single storey di Bandar Baru Uda dengan harga Rm 350,000. Encik Ali telah membuat penyelenggaran dengan anggaran RM2,000. Selepas 10 tahun, encik Ali ingin menjual hartanahnya dengan harga pasaran RM430,000.
Beli RM 350,000
Kos tambahan RM 2,000
Jual RM 430,000
(RM 430,000 – RM 2000) – RM 350,000 /
RM 350,000
= 22%
Contoh 2:
𝗦𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘄𝗮
Puan Aina membeli aprtment Centreo di pusat bandar dengan harga RM190,000. Puan Aina telah membayar Rm600 kepada bank dan Rm 230 untuk yuran kemudahan dengan pendapatan sewa Rm1500 sebulan.
Beli RM 190,000
Kos tambahan Bank RM 600
Kemudahan RM 230
Sewa RM 1500
(RM 600 + RM230) – RM1500 /
190,000
=35%
Tapi sebelum anda nak beli hartanah, pastikan hartanah tersebut boleh memberikan ROI yang bagus kepada anda. Bro Sham ada listing rumah-rumah tersebut, antaranya projek kondominium Centro JB City Centre.
Boleh baca lebih lanjut mengenai kondominium terbaik di JB ini melalui link berikut: