Apakah itu OPR? Kenapa OPR Naik? Kesannya kepada Anda sebagai Peminjam

APA ITU OPR?

Overnight Policy Rate (OPR) atau Kadar Dasar Semalaman merupakan kadar faedah yang perlu dibayar oleh sebuah bank yang meminjam daripada bank yang lain untuk memastikan rizab tunai mereka berada pada tahap yang selamat.

Perubahan kadar OPR ditentukan oleh BANK NEGARA MALAYSIA(BNM)

PENJELASAN

OPR MENURUN?

FAKTOR: Ekonomi mengalami kemerosotan / purchasing power menurun.

KESAN: Kadar faedah pinjaman akan menurun.

TUJUAN: Merangsang ekonomi negara dengan menggalakkan pengguna untuk berbelanja dan membuat pinjaman bank.

Sebenarnya, kadar OPR terbaru ni jauh lebih rendah berbanding kadar OPR pada tahun 2018. Jadi bagi mereka yang memang dah ada loan bank sebelum 2018 lagi, mereka dah pernah membayar jumlah pinjaman yang lebih tinggi daripada sekarang, sepatutnya mereka dah bersedia dengan kemungkinan untuk bayar loan seperti mana yang dibayar pada 2018.

OPR MENINGKAT?

FAKTOR: Ekonomi semakin pulih & inflasi meningkat

KESAN: Kadar faedah pinjaman akan meningkat.

TUJUAN: Memperlahankan perbelanjaan aliran tunai dan mengalakkan pengguna untuk menyimpan.

Cara Pengiraan:

  • Harga hartanah: RM300,000
  • Kadar faedah: 4%
  • Tempoh loan : 35 tahun
  • Bayaran bulanan menjadi RM1,328.32

OPR meningkat sebanyak 25 basis point @ 0.25%

  • Harga hartanah: RM300,000
  • Kadar faedah: 4% + 0.25%
  • Tempoh loan : 35 tahun
  • Bayaran bulanan menjadi RM1,373.68

#broshamproperties

Compare listings

Compare