Apakah Itu Refinance Rumah – Bahagian 1

BAHAGIAN 1

Apakah itu Refinance Rumah?

Refinance rumah bermaksud menukarkan pinjaman perumahan yang sedia ada dengan pinjaman yang baru. Atau secara umumnya, refinance rumah ini adalah satu kaedah yang membantu peminjam untuk pinjam wang sekali lagi untuk membayar hutang lama rumah dengan terma dan syarat perjanjian yang baru. Manfaatnya, apabila jumlah pembiayaan yang baru lebih tinggi dari baki hutang, peminjam juga boleh mendapat sedikit pulangan tunai.

Apakah Kelebihan Buat Refinance Rumah?

  • Dapat menggunakan Cashback untuk tujuan mengubah suai rumah
  • Pembiayaan Pembelajaran
  • Memulakan perniagaan
  • Penyatuan hutang

Bagaimana buat pengiraan Refinance?

Refinance rumah amat digalakkan selepas berlakunya peningkatan harga pasaran hartanah (market value). Boleh rujuk contoh situasi berikut:

Ahmad membeli hartanah yang bernilai RM200,000 dengan kadar faedah sebanyak 4.5% setahun untuk tempoh 30 tahun pada bulan Februari 2011.
Pada Februari 2018, nilai hartanah Ahmad telah naik sebanyak RM350,000. Dengan baki hutang sebanyak RM 156,323.

Refinance :

Baki hutang = RM 156,323
Pembiayaan terbaru = RM350,000
Margin of Financing = 90%

Jumlah pembiayaan = RM 350,000 x 90% = RM 315,000
Pulangan wang (CashBack) = RM 315,000 – RM 156,323 = RM 158,677

Disini kita nampak bahawa kaedah ini dapat menguntungkan peminjam sebab boleh dapat Cashback. Tapi bukan itu sahaja, kaedah refinance ini pon boleh mengurangkan kadar faedah ke atas pembiayaan rumah yang sedia ada serta dapat memanjangkan atau memendekkan tempoh pembiayaan. Macam mana pula boleh jadi macam tu?

Stay tuned untuk bahagian 2. Bro Sham akan terangkan disitu!

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To