BAHAGIAN 2
Seperti yang dijanjikan, Bro Sham akan terangkan lagi manfaat yang boleh anda nikmati bila buat refinance. Belum tahu apa itu refinance? Boleh baca blog Apakah Itu Refinance Rumah – Bahagian 1
Manfaat bila buat refinance ni bukan sahaja boleh bawa pulang cashback tapi juga boleh 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 anda dan juga berupaya 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧.
Boleh ke buat macam ini? Mestilah boleh.. Mari baca lebih lanjut. Bro Sham akan kupaskan dengan lebih lanjut.
𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡
Kadar faedah pembiayaan rumah anda boleh dikurangkan apabila:
Anda beralih dari pembiayaan dengan ‘kadar faedah tetap’ kepada ‘kadar faedah tidak tetap’.
Apabila pihak bank menawarkan promosi pembiayaan dengan faedah pembiayaan yang lebih rendah dari pembiayaan semasa.
Contoh:
Mariyah membuat pembiayaan rumah sebanyak RM 250,000 dengan kadar feadah tetap 8% setahun untuk tempoh 30 tahun. Mariyah juga perlu membayar 10% downpayment. Bermakna ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 1650.97
Selepas beberapa tahun, Mariyah buat refinance rumah dengan menukar kadar faedah tetap kepada tidak tetap sebanyak 4.5% setahun. Bermakna jumlah ansuran bulanan yang baharu adalah sebanyak RM1140.04
Kesimpulannya, Mariyah telah jimat (RM 1650.97 – RM 1140.04 = RM 510.93) untuk bayar ansuran bulanannya.
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧
Untuk memanjangkan atau memendekkan tempoh pembiayaan adalah bergantung kepada profile kewangan peminjam itu sendiri.
Biasanya, ada individu yang memilih untuk refinance rumah sebab ingin memanjangkan tempoh pembiayaan. Hal ini kerana mereka ingin menangani masalah kewangan mereka setiap bulan. Apabila tempoh pembiayaan semakin panjang, ansuran bulanan akan menjadi lebih kecil.
Ada juga individu yang buat refinance rumah sebab ingin memendekkan tempoh pembiayaan. Biasanya mereka yang memilih untuk memendekkan tempoh pembiayaan ini mempunyai kewangan yang stabil dan ingin melangsaikan hutang dengan lebih cepat. Apabila tempoh pembiayaan semakin pendek, ansuran bulanan akan menjadi tinggi namun jumlah faedah yang perlu dibayar akan semakin kurang.