Sebelum ini Bro Sham ada ulas cara nak kenalpasti sama ada individu tersebut adalah seorang scammer rumah sewa atau tidak. Boleh baca di sini, Cara Kenalpasti Scammer Rumah Sewa
Tapi hari ini Bro Sham nak share pula perkara – perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda tidak ditipu oleh scammer rumah sewa sama ada sebelum atau selepas perjanjian sewa beli dimeterai.
𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠
𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗪𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛
Seperti semua sedia maklum, proses yang melibatkan hartanah memang agak rumit dan memakan masa yang lama. Jadi sebab itu juga, ramai tuan rumah atau penyewa tidak mahu menggunkan khidmat perunding hartanah sebab nak mudah dan cepat. Namun, keburukannya anda terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko untuk ditipu.
Sebagai perunding hartanah, setiap kali kami menerima listing rumah sewa, kami akan buat inspection terlebih dahulu sebelum mengiklankan hartanah tersebut. Hal ini demikian untuk membuktikan rumah itu benar-benar wujud, dalam keadaan yang baik untuk disewa dan memastikan individu tersebut benar-benar pemilik asal rumah tersebut. Dengan adanya khidmat seperti ini akan memudahkan kedua-dua belah pihak dan dapat elak dari sebarang bentuk penipuan.
𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 (𝗙𝗔𝗖𝗘 𝗧𝗢 𝗙𝗔𝗖𝗘)
Walaupun anda telah melantik perunding hartanah. Tidak bermaksud anda tidak perlu jumpa tuan rumah secara bersua muka. Cara terbaik adalah ikut sekali agen hartanah yang anda telah lantik untuk jumpa tuan rumah itu. Kenapa?
Hal ini kerana, ada banyak manfaat yang boleh anda dapat bila berjumpa dengan tuan rumah itu sendiri. Contohnya, paling utama anda boleh menilai sendiri sama ada tuan rumah itu betul-betul boleh dipercayai atau tidak, dapat pastikan yang tuan rumah itu adalah pemilik sebenar hartanah yang anda nak sewa itu, boleh ‘create bonding or conversation’ yang baik antara tuan rumah dan penyewa dan tak mustahil, mudah juga untuk anda membuat tawar menawar mengenai harga sewa bulanan.
Pemilik hartanah yang bagus, mereka pasti akan mencari masa yang sesuai untuk bersua muka dengan bakal penyewanya. Hal ini kerana untuk memastikan sama ada bakal penyewa tersebut boleh dipercayai atau tidak untuk menjaga asetnya. Sekiranya pemilik hartanah selalu mengelak, mesti ada ‘something wrong’ . Dari situ, anda dah boleh mula berhati-hati dan jangan mudah termakan dengan janji manis dan keindahan gambar rumah.
𝗩𝗜𝗘𝗪𝗜𝗡𝗚 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜
Sudah banyak kes penyewa ditipu sebab terlalu percaya gambar-gambar rumah sewa yang diiklankan di media sosial. Sebab itu pentingnya untuk anda buat viewing dulu sebelum proceed pada apa-apa pembayaran atau perjanjian. Sebab belum tentu gambar yang diiklankan itu sama dengan keadaan yang sebenar. Bro Sham sendiri pun pernah mengalaminya, client bagi gambar rumah cantik dan bersih tapi bila buat viewing….
Tambahan pula, sekiranya anda buat viewing bersama dengan tuan rumah dan dapat kenalpasti beberapa kerosakan kecil. Anda boleh terus berbincang soal pembaikian, harga sewa atau sebagainya.
𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦
𝗧𝗨𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗖𝗬 𝗔𝗚𝗥𝗘𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧
Untuk elakkan anda ditipu selepas buat pembayaran. Cara terbaik adalah tulis satu tenancy agreement yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam perjanjian itu, anda boleh nyatakan segala hak atau tindakan yang ingin diambil sekiranya berlaku apa-apa masalah di masa akan datang. Dengan adanya perjanjian ini, segala terma dan syarat yang dikenakan akan diperakui dan ada hitam putih sebagai bukti jika terdapat sebarang isu berbangkit.
Anda boleh juga baca, Kepentingan Tenancy Agreement