Cara Kenalpasti Scammer Rumah Sewa

Pada dunia digital sekarang, kegiatan scammer juga semakin berleluasa. Game plan mereka pon dah bercabang. Bukan setakat menjadi pegawai LHDN atau banker sahaja, baru-baru ini ada kes individu ditipu atau discam oleh mereka yang acah-acah menjadi owner rumah sewa. Kemudian senang-senang je duit anda dilesapkan.

Oleh itu, sebelum anda ingin sewa rumah. Pastikan rumah atau owner rumah itu adalah benar dan bukan scammer. Bagaimana nak kenalpasti perkara tersebut?

𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗪𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗛

Cara ini paling senang dan mudah untuk dikenalpasti. Selidik terlebih dahulu berapa market value untuk rumah sewa di kawasan tersebut. Sekiranya harga yang ditawarkan terlalu rendah, individu tersebut berpotensi adalah seorang scammer.

Dan paling senang bila anda bandingkan harga dengan keadaan rumah yang ditawarkan. Logik ke untuk rumah yang besar dan cantik dengan harga sewa yang serendah itu? Berhati-hati juga dengan iklan deposit yang terlalu rendah sebab itu juga salah satu taktik scammer untuk tarik penyewa.

𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗪𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗕𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗨𝗣𝗔

Yang ini anda perlu berhati-hati. Memandangkan rumah sewa ini mempunyai permintaan yang tinggi, jadi platform pengiklanannya juga luas. Contohnya di platform mudah.my, facebook dan banyak lagi. Oleh itu, senang jugalah scammer nak buat kegiatan mereka.

Sebab itu jangan mudah jatuh cinta bila tengok gambar yang indah-indah dekat platform tersebut. Belum tentu lagi rumah itu wujud atau ‘seindah’ itu. Kadang-kadang scammer ini main ambil sahaja gambar dari mana-mana dan info rumah juga tidak tepat.

𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗩𝗜𝗘𝗪𝗜𝗡𝗚

Sekiranya betul tuan rumah tersebut adalah seorang scammer, kebiasaanya mereka akan elak untuk berjumpa. Sebab mereka tidak mahu muka mereka dikenali, takut – takut nanti anda buat laporan polis atau viralkan muka mereka. Tuan rumah yang betul -betul ingin sewakan rumah, mereka mesti ingin bersua muka dengan bakal penyewa. Iyalah nak bagi orang pinjam barang kita mestilah kita mahu tengok orang itu sama ada boleh dipercayai atau tidak.

Kebiasaanya scammer juga akan suruh anda pergi viewing rumah sendiri. Tetapi dapat tengok dari luar sahaja. Ini sudah terang lagi bersuluh yang mereka sebenarnya tiada akses pun untuk memberi anda masuk ke bahagian dalam rumah. Tuan rumah yang bagus atau tuan rumah ada melantik perunding hartanah, mereka akan sentiasa follow proses sewa beli yang betul.

𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗩𝗜𝗘𝗪𝗜𝗡𝗚

Sebelum anda nak proceed atau nak bayar deposit, lebih baik anda buat viewing terlebih dahulu. Risau kalau-kalau sebenarnya rumah itu tidak wujud pun tapi deposit sudah dibayar. Pastikan juga yang tuan rumah itu benar-benar memiliki hartanah tersebut. Sebab ada juga kes, penyewa sudah pindah masuk tiba-tiba tuan rumah sebenar datang dan tak izinkan rumahnya untuk disewa. Tak pasal-pasal penyewa kene keluar balik.

Compare listings

Compare