Umum mengetahui nilai hartanah semakin meningkat dan juga boleh menguntungkan sekiranya anda memanfaatkan aset dengan menyewakannya. Tapi ramai yang silap percaturan, contohnya dengan menyewakan aset mereka tanpa membuat “Tenancy Agreement”. Akhirnya, timbul perbalahan di antara penyewa dan tuan rumah sehinggakan pernah terciptanya terma “PENYEWA DARI NERAKA” “TUAN RUMAH ZALIM” dan sebagainya.
Baru-baru ini pun Bro Sham ada memuat naik video di platform tiktok mengenai masalah antara penyewa dan pemilik rumah. Rata-rata yang tinggalkan komen semua ada masalah bersama tuan rumah atau penyewa. Boleh tonton dengan tekan link berikut
Macam mana nak sediakan “Tenancy Agreement” dengan lengkap?
Berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu bagi menyediakan tenancy agreement di Malaysia:
Syarat-syarat umum yang perlu disertakan:
𝟭.𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵
Nyatakan alamat rumah yang disewakan dan jenis hartanah. Contohnya, rumah landed, flat, apartment atau sebagainya.
Terangkan juga status rumah seperti:
-sewa tanpa perabot dan peralatan
-sewa bersama perabot dan peralatan (lampirkan sekali inventori)
𝟮. 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮
Nyatakan tarikh-tarikh seperti berikut:
- Tarikh mula sewa
- Tarikh tamat sewa
- Tarikh kontrak ditanda tangani
Kebiasaanya di Malaysia, tempoh sewaan di antara 1-3 tahun. Atau menambah syarat yang memberi hak kepada penghuni untuk melanjutkan atau memperbaharui tempoh sewaan tertakluk kepada syarat tertentu.
𝟯. 𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗲𝘄𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁
Bahagian ini amat penting, sebab berdasarkan komen-komen pengguna tiktok, ramai yang ada masalah mengenai bayaran. Ada yang penyewa lambat bayar atau tidak bayar setiap bulan, ada yang pemilik rumah naikkan harga sewa sesuka hati mereka dan ada juga yang berdepan masalah pemilik rumah tidak mahu pulangkan deposit. Bila macam ni jadi, tambah pula tiada perjanjian hitam putih jadi agak sukar untuk ambil tindakan.
Jadi dalam kontrak perjanjian ini perlu mengandungi:
- Bayaran deposit
- Jumlah deposit
- Deposit yang terlibat (deposit sekuriti, deposit utiliti, etc)
- Syarat pemulangan deposit (selepas inspection)
Bayaran sewa
- bayaran sewa tepat yang perlu dibayar setiap bulan
- masa yang perlu dibayar
- cara pembayaran (tunai atau deposit ke dalam akaun)
𝟰. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗯𝗼𝘁, 𝗨𝘁𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮
Sekiranya anda sewakan aset anda bersama dengan perabot, lekapan dan peralatan. Senaraikan dengan lengkap dan nyatakan juga keadaan peralatan tersebut. Nyatakan juga tindakan yang ingin di ambil sekiranya berlaku kerosakan di masa hadapan.
Sebagai penyewa, anda perlu semak dan teliti senarai tersebut. Pastikan perabot dan kelengkapan tersebut ada dan dalam keadaan yang baik sebelum digunakan. Jangan main tanda tangan sahaja perjanjian itu.
𝟱. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻
Perkara ini penting supaya kedua-dua pihak tahu limitasi masing-masing supaya elakkan perbalahan dimasa hadapan. Sebagai contoh:
Pemilik rumah boleh tetapkan syarat
- Penyewa tidak dibenarkan ubah suai rumah
- Sewakan bilik tanpa pengatahuan tuan rumah
- Melakukan aktiviti jenayah (dadah atau judi)
- etc
Sebagai penyewa pun berhak buat syarat kepada pemilik hartanah. Sebab Bro Sham ada perasan satu komen di tiktok, beliau mengeluh sebab tuan rumah selalu masuk ke rumah tersebut untuk pastikan rumah itu dalam keadaan bersih.
Sebagai penghuni rumah, siapa sahaja yang suka orang keluar masuk rumah sesuka hati kan? Macam tiada privasi.
Penyewa boleh tetapkan syarat:
- Tuan rumah tidak boleh keluar masuk rumah sesuka hati
- Tidak menaikkan harga sewa tanpa persetujuan
- Tidak boleh mengarahkan penyewa keluar dan masuk rumah tanpa persetujuan
𝟲. 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗦𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻
Bahagian ini penting supaya kedua-dua pihak boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bila ada masalah timbul. Sebab ada sesetengah penyewa atau tuan rumah, bila ada masalah mereka tidak tahu perkara yang perlu dibuat seterusnya dan akhirnya mereka ditindas.
Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Bro Sham dengan tekan link berikut:
Nak tanya soalan property : WhatsApp Saya
Nak semak harga psaran boleh tekan link ni : Semak Nilai Hartanah
Nak semak kelayakan loan : Semak Kelayakan Loan