Freehold atau Leasehold? Yang Mana Lebih Baik?

Kelebihan Freehold or Leasehold

Bro Sham ada lagi satu tips berguna mengenai hartanah untuk anda!

Sebelum anda berkeiginan membeli hartanah, adalah lebih baik untuk anda tahu dan fahami dulu tentang status hartanah yang ada di Malaysia. Ada dua jenis status hartanah di Malaysia iaitu 𝗙𝗥𝗘𝗘𝗛𝗢𝗟𝗗 dan 𝗟𝗘𝗔𝗦𝗘𝗛𝗢𝗟𝗗 . Biasanya status ini akan dinyatakan dalam geran.

Penting ke nak tahu status hartanah ini? Mestilah penting! Sebab anda kene tahu apa yang anda beli dan tidak akan menyesal bila tahu ada syarat yang menghalang anda untuk buat sesuatu nanti.

Mari ikuti Bro Sham teliti perbezaan antara FREEHOLD dan LEASEHOLD

𝗙𝗥𝗘𝗘𝗛𝗢𝗟𝗗

Apa maksud hartanah freehold?
Freehold ini bermaksud milikan hartanah tanpa had tempoh atau lebih mudah difahami hartanah diberikan untuk selama-lamanya kepada pemilik. Kebiasaanya dalam geran akan dinyatakan di halaman pertama, ‘Geran untuk selama -lamanya…’ atau ‘Tanah yang diperihalkan di atas adalah dipegang untuk selama-lamanya..’

Apa kelebihan hartanah freehold?

Pemilik hartanah memiliki hartanah tersebut selama-lamanya.
Pemilik hartanah mempunyai kebebasan untuk menggunakan hartanah tersebut dan juga membuat pengubah suaian.
Pemilik hartanah boleh jual beli hartanah tersebut dengan cepat (sekitar 90 hari).
Boleh dijual kepada bukan bumiputera.
Proses pindah milik hartanah lebih cepat dan mudah.

Apa kelemahan hartanah freehold?

Nilai hartanah lebih mahal.
Pemilik dapat menyewakan hartanah dengan sewa bulanan yang rendah.
Pemilik hartanah bertanggungjawab sepenuhnya untuk kos pembaikian, pengubahsuaian dan penyelenggaraan.

𝗟𝗘𝗔𝗦𝗘𝗛𝗢𝗟𝗗

Apa maksud leasehold?
Leasehold ini bermaksud milikan hartanah diberi untuk satu tempoh atau lebih mudah difahami pemilik hartanah memiliki hartanah tersebut dalam satu had tempoh, biasanya 99 tahun. Tapi ada juga yang sekitar 30 tahun dan 60 tahun.
Manakala untuk kenal pasti hartanah tersebut adalah leasehold dengan lihat geran yang tertera ‘Pajakan selama tempoh 99 tahun berakhir pada..’ dan biasanya akan dinyatakan juga ‘Tanah ini tidak boleh dipindahmilik melainkan dengan kebenaran kerajaan negeri..’

Apa kelebihan hartanah leasehold?

Nilai hartanah leasehold lebih rendah daripada freehold
Pemilik hartanah boleh sewakan hartanah tersebut dengan sewa bulanan yang tinggi.
Mempunyai kemudahan dan inisiatif yang banyak untuk pemilik.

Apa kelemahan hartanah leasehold?

Mempunyai had tempoh pemilikan melainkan pemilikan hartanah tersebut dipanjangkan.
Penggunaan hartanah adalah terhad dan tidak boleh buat pengubahsuaian sesuka hati.
Proses jual beli agak lama kerana perlu melalui proses consent dan sebagainya.

Jadi kalau nak beli hartanah, nasihat Bro Sham selidik dahulu status hartanah tersebut.

Nak tanya soalan property : WhatsApp Saya

Nak semak harga psaran boleh tekan link ni : Semak Nilai Hartanah

Nak semak kelayakan loan : Semak Kelayakan Loan

Compare listings

Compare