Gantung Banner

Kalau nak cepat dapat pembeli atau penyewa, minta kebenaran dengan owner untuk gantung banner.

Banner ni murah je, simpan dalam kereta. Pastikan beli 2 saiz, kecil dan besar atau super besar. Saiz standard yang ada dijual di Maxxan adalah 3′ x 2′ dan 6′ x 4′.

Sepatutnya saiz besar tu lebih sesuai kalau kita nak marketkan rumah yang berada di tingkat tinggi. Tapi kalau rumah yang kita nak marketkan tu di tingkat langit ke tujuh, better beli banner bersaiz super super super besar supaya ORANG NAMPAK DARI BAWAH.

‼️Ingat! Nak gantung banner kena minta kebenaran tuan tanah ya!‼️

Soalan 1 : Bolehkah kita gantung banner depan rumah kosong yang dah terbukti sudah lama tak berpenghuni. Lalang pun dah tinggi saiz budak darjah 3.

Jawapan : TAK BOLEH! Sebab…jika tuan tanah dapat tahu, dia boleh je saman company you.

Soalan 2 : Bila waktunya patut kita turunkan banner tu? Especially rumah untuk dijual. Almaklumlah, proses jual beli tu lama.

Jawapan : WAKTU SERAH KUNCI. Maknanya bila semua urusan selesai laaa. Biarlaaaa banner anda berkibar dengan megahnya disitu. Kalau setahun, setahun laa. Sebab apa? Itulah cara nak marketkan diri you alls.

Walaupun rumah dah ada pembeli, bila ada orang lain call tanya pasal rumah tu, secara tak langsung you alls dapat listing buyer baru. So…tolong orang tu pula carikan rumah untuk dia. Kadang kala ada owner rumah lain sekitar situ yg call you, tanya berapa harga rumah tu….sebab dia nak jual rumah dia juga. Bila dia tahu rumah tu dah jual, mesti dia suka sebab you agent yang laju. So…pergi jual rumah dia pula. Senang tak nak dapat client?

Ada sesiapa nak | JUAL | BELI | SEWA | property anda, Boleh call direct Bro Sham 0197034036

Compare listings

Compare