Kadar OPR Naik Lagi Kepada 2.75%

OPR Naik Lagi

3 November 2022

Baru sahaja tadi Jawatankuasa Dasar Menteri (MPC) Bank Negara Malaysia telah mengumumkan keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Ini merupakan kenaikkan kali ke-empat dalam tahun ini:

Mac : 1.75 peratus
Mei : 2.00 peratus
Julai : 2.25 peratus
September : 2.50 peratus

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia, “MPC tidak akan membuat ketetapan awal dan akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah serta kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri”

Pada Bro Sham, ini jelas menunjukkan objektif keputusan BNM adalah untuk menggalakkan ekonomi negara Malaysia terus berkembang dan ingin memastikan inflasi dalam negara terus terkawal.BNM melaksanakan kenaikkan kadar OPR adalah salah satunya kerana ekonomi negara yang menunjukkan perkembangan yang positif dan lebih kukuh. Antara data-data negara yang menunjukkan ekonomi Malaysia yang semakin baik termasuk:

  • Ekonomi semakin kukuh pada suku ketiga tahun 2022
  • Peratusan pengangguran semakin rendah. Bermakna individu yang mendapat pekerjaan semakin meningkat sekaligus telah menyokong pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.
  • Banyak projek berskala besar sedang berlangsung. Ini menggambarkan peningkatan dalam sektor perniagaan
  • Peratusan pelancong datang ke Malaysia meningkat selepas sempadan dibuka semula

Menurut BNM lagi, “Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan terus dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil“

Daripada ulasan itu tadi, kita sebagai peminjam boleh fahamkan yang perubahan OPR ini akan bergantung pada keadaan ekonomi dan juga kenaikkan harga barang. Keadaan masih lagi boleh berubah bergantung kepada pertumbuhan global. Bukan itu sahaja, perubahan pada harga komoditi global atau subsidi dalam negeri juga boleh kesan kepada inflasi negara.

Jadi anda rasa anda akan terkesan ke dengan kenaikkan OPR ini?
Manage your budget wisely!

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To