Antara kelebihan beli rumah subsale termasuk:
𝟭. 𝗧𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗱𝗮
Kebiasaannya rumah-rumah subsale ini sudah berada dalam kawasan yang strategik. Bermaksud kawasan tersebut sudah ada pembangunan. Contohnya, kawasan tersebut sudah ada sekolah, pasaraya, masjid atau kemudahan lain. Ini sekaligus telah memberi nilai tambahan kepada hartanah tersebut.
Ada orang lebih minat dengan pembangunan yang memang sudah sedia ada untuk memudahkan mereka. Tidak seperti kawasan perumahan yang baru, pembangunan yang dijanjikan belum tentu siap dalam 5 hingga 10 tahun selepas didiami.
𝟮. 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻
Antara salah satu punca utama pembeli gemar dengan rumah subsale ini sebab pembeli ingin elakkan risiko rumah terbengkalai atau pemaju lari.
Apabila proses membeli selesai (2 hingga 3 bulan), pembeli boleh terus pindah masuk atau sewakan.
Pembeli lagi senang hati bila yang dibelanjakan dengan perkara yang sudah siap dibina.
𝟯. 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵, 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 ‘𝗩𝗶𝗲𝘄𝗶𝗻𝗴’ 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵
Pembeli ada satu kelebihan iaitu ‘viewing’ rumah. Pembeli dapat periksa dulu rumah sebelum membuat keputusan untuk beli sebab rumah tersebut dah siap dibina atau mungkin sudah pun diubah suai oleh pemilik.
Antara contoh perkara yang perlu dikaji:
- Keadaan rumah
- Situasi kejiranan & pembangunan
- Pemandangan rumah
- Keadaan sekuriti
𝟰. 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵
Nilai rumah subsale ini boleh diperiksa sama ada rumah tersebut dijual pada nilai pasaran atau bawah pasaran. Pembeli boleh mengkaji perbandingan nilai hartanah dengan disokong oleh data sebenar yang ada dalam pasaran. Ini dapat mengelekan pembeli daripada terlebih bayar daripada nilai yang sepatutnya.
Nak semak nilai hartanah ini, anda boleh menggunakan laman web mudah.my, iproperty atau nak lebih tepat boleh guna khidmat perunding hartanah.
𝟱. 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻
Apabila pembeli buat ‘Viewing’ mungkin akan dapati beberapa kerosakan kecil pada rumah tersebut. Ini merupakan satu peluang untuk pembeli meminta pemilik untuk kurangkan nilai jualan rumah tersebut. Sebab itu penting buat ‘Viewing’.
Ada juga kes, pemilik terdesak nak jual hartanah atas sebab tertentu. Ini juga satu peluang keemasan pembeli untuk berunding nilai hartanah dan mendapatkan bawah nilai pasaran.
#broshampropertis
#subsaleproperty