Kelebihan Menyewa Hartanah Sebelum Selesai Urusan Pembelian

Baru-baru ini Bro Sham ada dapat seorang pembeli yang request ingin menyewa terlebih dahulu hartanah yang dimana ianya sedang dalam proses urusan jual beli. Ada yang berpendapat proses ini leceh. Sebenarnya tidak, bahkan boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak pembeli dan pemilik hartanah. Apa yang penting, kedua – dua pihak mengikuti proses dan prosedur yang betul bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dimasa akan datang. Nak lagi mudah, gunakan khidmat perunding hartanah yang bertauliah sebab mereka boleh beri nasihat dan bantu anda dalam setiap proses yang terlibat.

Apa kelebihan yang diperolehi oleh pembeli/penyewa jika menyewa hartanah yang dalam proses urusan jual beli?

Antara kelebihan yang diperolehi oleh pembeli/penyewa termasuklah berpeluang mencuba rumah tersebut terlebih dahulu. Pembeli/penyewa ini dapat merasai atau menyesuaikan diri di rumah tersebut, penduduk setempat dan kemudahan dipersekitaran. Selain itu, umum mengetahui bila pindah rumah baru ni, sudah tentu memerlukan penghuninya untuk melengkapkan dan mendekorasi rumah tersebut untuk menjamin keselesaan. Jadi bila anda dapat masuk awal ke rumah tersebut anda dapat perbaiki kerosakan dan boleh mula mendekorasi rumah. Apabila sudah selesai urusan jual beli, rumah pon sudah siap dan selesa untuk dihuni.

Apa kelebihan yang diperolehi oleh pemilik hartanah jika memberi sewa hartanah yang dalam proses urusan jual beli?

Antara kelebihan yang diperolehi oleh pemilik hartanah termasuklah boleh menjana pendapatan dan mendapat aliran tunai yang positif daripada hasil sewaan sepanjang tempoh urusan jual beli selesai. Selain itu, pemilik hartanah dapat memastikan rumah tersebut dapat dijaga dengan baik sebelum ianya terjual. Hal ini kerana, bakal pemilik rumah tersebut sendiri sudah tentu akan menjaga dan memelihara rumahnya dengan baik berbanding memberi sewa kepada orang luar atau dibiarkan kosong.

Jadi kesimpulanya, tak salah kalau anda sebagai pembeli nak sewa dulu rumah sementara menunggu urusan jual beli selesai. Pastikan kedua-dua pihak mengikuti proses dan prosedur yang betul. Contohnya, sebelum nak sewa perlu wujudkan “tenancy agreement” dan nyatakan kehendak masing-masing sebelum rumah tersebut betul-betul sah menjadi milik pembeli. Tak leceh pun proses ini, sekiranya anda lantik perunding hartanah, segala urusan akan dibuat oleh mereka.

Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Bro Sham dengan tekan link berikut:

Nak tanya soalan property : WhatsApp Saya

Nak semak harga pasaran boleh tekan link ni: Semak Harga Pasaran

Nak semak kelayakan loan: Semak Kelayakan Loan

Compare listings

Compare