Kenal Pasti Isu Hartanah Tidak Laku

Kenal Pasti Isu Hartanah Tidak Laku

Melalui bacaan Bro Sham di twitter, ramai yang tweet bahawa mereka ada masalah nak jual hartanah. Salah satu masalah yang ramai alami ialah hartanah yang dijual tu TIDAK LAKU.

Bro Sham akui proses jual rumah ini memang tidak mudah. Lebih-lebih lagi untuk yang tidak berpengalaman dalam bidang hartanah ini. Silap haribulan, anda terpaksa tanggung pelbagai kos kerugian. Oleh sebab itu, nak jual atau beli rumah ini perlukan ilmu dan pengetahuan yang tinggi bukan setakat iklankan dan tunggu pembeli datang.

𝗝𝗼𝗺 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗞𝗨 :

𝟭. 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔N

Ikut logik, kita sebagai pembeli pun mesti nak banding dan beli sesuatu barang yang lebih murah dan sepadan dengan harga. Sama juga dengan pembeli rumah, mereka tidak akan beli rumah kalau ianya lebih harga pasaran sebab ada rumah yang lebih murah di kawasan sekitar. Jadi pembeli akan lebih tertarik dengan harga yang lebih rendah.

Bukan itu sahaja, apabila pemilik hartanah letak harga mengikut harga pasaran akan dapat membantu pembeli mendapatkan pinjaman secukupnya daripada bank.

Contoh ikut harga pasaran :

Harga rumah dalam pasaran RM100,000
Pinjaman bank RM90,000
Pembeli hanya perlu bayar lagi RM10,000..

Contoh TIDAK ikut harga pasaran:

Harga rumah yang dijual RM120,000
Pinjaman bank RM90,000
Pembeli perlu bayar lagi RM30,000..

Ini belum masuk lagi kos – kos lain yang perlu ditanggung oleh pembeli rumah. Sebab itu, rumah anda TIDAK LAKU.

Oleh itu, sebelum anda ingin jual rumah, buat semakan harga pasaran rumah kemudian baru boleh tetapkan harga rumah yang berpatutan. Ingin semak harga pasaran boleh tekan link berikut:
Semak Harga Pasaran

𝟮. 𝗚𝗔𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗠𝗕𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛

FIrst Impression is important!

Apabila gambar yang anda iklankan itu cantik, ini dapat menarik minat pembeli untuk klik dan ketahui lebih lanjut mengenai hartanah anda. Apa maksud gambar yang cantik?

Gambar iklan perlulah:
Nampak terang dan cukup pencahayaan
Nampak tidak bersepah
Tunjuk keadaan rumah yang sebenar
Gunakan teknik fotografi hartanah

Sebelum anda ingin ambil gambar hartanah anda, pastikan keadaan rumah itu kemas supaya nampak lapang. Buka semua lampu dan ambil dari setiap angel. Barulah gambar itu cantik dan dapat tunjuk gambaran sebenar rumah anda.

Kebiasaannya, gambar iklan yang cantik ini akan lebih cepat terjual. Sekiranya hartanah anda sudah berbulan-bulan tidak laku, boleh cuba ganti gambar yang lebih menarik.

Boleh refer gambar-gambar dalam listing Bro Sham:
Taman Desa Tebrau

𝟯. 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗜𝗞𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔

Apabila anda sudah buat posting iklan hartanah anda secara atas talian. Anda mesti pantau iklan tersebut, bukan lepas posting anda tinggal dan tunggu sehingga pembeli datang.

Sebagai contoh, jika anda posting iklan di Mudah.my, selepas beberapa hari sebaiknya anda perbaharui iklan tersebut. Ini sebab bila iklan anda dah jatuh ke halaman kedua, potensi untuk pembeli nampak iklan anda akan berkurangan.

Sekiranya anda buat teknik ini, iklan anda akan sentiasa dilihat orang ramai.
Nak tahu macam mana Bro Sham iklankan hartanah di Mudah.my , boleh tekan link berikut

Contoh : Elegant House Double Storey Taman Kota Masai For Sale

𝟰. 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗟𝗔𝗧𝗙𝗢𝗥𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛

Salah satu punca kenapa iklan anda kurang sambutan adalah kerana anda iklankan hartanah anda di platform yang salah.

Contohnya, ramai orang beranggapan HANYA iklankan di Facebook boleh laku. Ada juga yang iklankan di group – group dalam facebook. Tapi group tersebut tidak berkaitan dengan hartanah, ini buatkan iklan anda tidak sampai pada target audience yang betul.

Untuk iklankan hartanah anda, ada banyak lagi platform yang sesuai dan selamat untuk digunakan.
Boleh guna:
Mudah
Propwall
Propsocial

Kenapa platform ini lebih berkesan?
Sebab platform tersebut memang dilayari oleh orang ramai yang ingin membeli hartanah. Bukan itu sahaja, platform tersebut memang mempunyai pengikutnya tersendiri. Apa yang penting, anda mesti selalu pantau dan perbaharui iklan tersebut.

Sekiranya anda menggunakan platform media sosial, ada baiknya gunakan iklan yang berbayar supaya iklan anda itu boleh dapat audience yang lebih ramai.

Profile Saya di Mudah.my

𝟱. 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞

Sama macam (1.) tadi, sebagai pembeli kita mesti mahukan barang yang kita beli berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Rumah yang teruk atau rosak sudah pasti akan mengurangkan peluang pemilik hartanah untuk dapatkan pembeli.

Kebanyakkan pembeli rumah subsale ini, mereka cadang ingin beli rumah yang memang sudah sedia untuk didiami sahaja. Jadi mereka tidak perlu bersusah payah nak baiki.

Jadi sebelum anda ingin jual hartanah anda, pastikan anda sudah baiki keadaan rumah atau cat balik rumah. Ini boleh menarik minat pembeli dan seterusnya rumah akan lebih cepat terjual.

𝟲. 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 & 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗣𝗟𝗬

Proses jual rumah ini bukan mudah dan perlukan fokus 100% daripada pemilik haratanah. Kalau anda tidak pantau iklan betul – betul dan tidak jawab panggilan daripada pembeli secepat yang mungkin, ini boleh membuatkan pembeli beralih ke rumah lain iaitu pesaing anda.

Nak jual hartanah anda, anda perlu bersedia untuk :

  • Respon pada pembeli secepat yang mungkin
  • Adakan masa untuk bawa pembeli ke hartanah anda
  • Follow up dengan pembeli selepas buat viewing
  • Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan

Macam mana nak fokus?
Tetapkan matlamat berkaitan jual beli rumah dan terus kene selesaikan.
Kalau anda rasa sukar untuk anda fokus sebab anda seorang yang bekerja, lantik perunding hartanah yang berdaftar supaya segala urusan jual beli hartanah dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat.

Jika x keberatan boleh kami bantu jualkan.

Nak tanya soalan property : Whatsapp Saya

Nak semak harga pasaran boleh tekan link ni: Semak Harga Pasaran

Nak semak kelayakan loan: Semak Kelayakan Loan

Compare listings

Compare