Kenapa Perlu Lantik Ejen Hartanah

Peranan Ejen Hartanah

𝟭. 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹.

Ejen hartanah ni mempunyai standard yang perlu dipatuhi, tertakluk kepada code of ethics yang telah ditetapkan di bawah Malaysia Estate Agency Standard(MEAS). Yuran perkhidmatan juga telah termaktub di bawah MEAS. Jadi apabila anda melantik mereka, mereka akan lihat rumah anda terlebih dahulu, dan memberi nasihat sama ada harga yang ditawarkan itu munasabah atau tidak.

Mereka juga mempunyai networking dengan valuers yang dipercayai, jadi mudah untuk anda tahu anggaran kasar bagi harga pasaran. Yang lebih menariknya, mereka tidak akan markup harga, ini penting supaya spekulasi tidak akan berlaku, dan harga hartanah akan terkawal.

𝟮. 𝗝𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝗮

Sekiranya anda bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Malam pula kena selesaikan kerja rumah pula. Jadi bila masa yang sesuai nak uruskan proses jual beli rumah betul? Walhal, anda boleh jimatkan masa anda dengan menggunakan ejen hartanah sahaja.
Masa itu emas.

Bayangkan dengan kepenatan bekerja,pada masa yang sama kena melayan kerenah unserious buyers nak kena bawa pergi viewing dan set appointment bagai tak ke letih? Lagi-lagi kalau anda tinggal jauh daripada rumah yang ingin dipasarkan itu. So nasihat saya, lantik ejen, biar diorang uruskan, yang penting kerja jalan, dapat buyer dengan pantas, rumah terjual. Kerana hal ini memang telah menjadi tugas Ejen hartanah yang akan ambil masa mereka untuk memudahkan kerja anda.

𝟯. 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.

Ejen hartanah mestilah berdaftar dengan syarikat hartanah. Dalam syarikat hartanah akan ada beberapa ejen lain. Anda bagi tahu ejen yang anda lantik, anda mahu rumah anda dijual dengan secepat mungkin. Minta dia ‘kerahkan semua ejen-ejen lain. Dalam profesion ini, ejen-ejen boleh berkongsi senarai rumah yang dijual kepada ejen lain. Ia dipanggil co-agency. Bayangkan kalau dalam satu syarikat ada 20 orang ejen. Anda cuma lantik seorang sahaja, tapi 20 orang buat kerja untuk anda. mudah kan kerja anda?

𝟰. 𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝘂𝗮𝘀

Kalau anda perhatikan disekeliling anda, kebanyakan rumah yang tak terjual dan tergantung sepi adalah kerana tidak dapat pendedahan yang baik dalam pasaran. Jika anda menggunakan ejen hartanah, kebanyakan daripada mereka mempunyai medium pemasaran yang lebih luas dan serba canggih. Bukan setakat banner sahaja, malah platform internet seperti website, PropertyGuru dan lain-lain lagi menjadi senjata mereka untuk mempercepatkan penjualan rumah anda. Oleh itu, ia menjadi satu kerugian buat anda yang tak grab peluang menjual hartanah dengan menggunakan ejen hartanah yang ada.

𝟱. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 E𝗷𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿.

Jangan terkejut, kadang-kadang pembeli lebih percayakan ejen daripada tuan rumah. Kenapa? Pernah dengar kes tuan tanah tipu duit deposit? Tuan rumah batalkan perjanjian walaupun deposit hangus sudah dibayar? Inilah peranan ejen hartanah, segala urusan ada dokumen hitam putih. Apabila pembeli lebih yakin untuk membeli, peluang untuk rumah anda dibeli akan jadi tinggi.

𝟲. 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘃𝗶𝘀 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.

Tahukah anda ejen yang bijak pasti akan tawarkan khidmat yang bagus kepada anda. Ada ejen yang sanggup tolong carikan tukang cuci untuk rumah anda, carikan tukang repair segala kerosakan rumah, tolong cari tukang mesin rumput. Kalau anda jumpa yang beramanah, boleh serah kunci dan minta dia uruskan semuanya. Ini memang rezeki, sangat berbaloi.

𝟳. 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗻𝗲𝘂𝘁𝗿𝗮𝗹.

Dia merupakan orang tengah kepada kedua-dua pihak. Jadi dia akan pastikan kedua-dua pihak puas hati dengan transaksi jual beli, barulah keuntungan berpihak kepada dia. Anda pun tahu, ada sahaja kes di mana S&P sudah disain oleh kedua-dua pihak, tapi tiba-tiba sahaja ada satu pihak membatalkanya. Tak jadi nak jual rumah. Salah satu sebab adalah rasa tidak puas hati oleh satu-satu pihak.

𝟴. 𝗝𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝘂𝗮𝘀

Ejen hartanah boleh mengesyorkan pihak yang pakar di dalam setiap prosedur jual beli rumah seperti:

  1. Pegawai Bank – melancarkan proses pinjaman pembeli
  2. Penilai – memastikan harga di dalam nilai pasaran
  3. Peguam yang baik – sangat penting bagi proses dokumentasi serta urusan pindah milik sesuatu hartanah
  4. Senarai pembeli sedia ada

𝟵. 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗶/𝗦𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻

  • Urusan jual-beli tidak mudah. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.
  • Ejen hartanah akan memastikan setiap proses bermula dari pinjaman, dokumentasi sehingga selesai proses jual beli berjalan dengan lancar.
  • Urusan sewaan juga kadangkala agak rumit. Jadi, tugas ejen hartanah adalah memastikan perjanjian sewa beli dan urusan berjumpa bakal penyewa berjalan lancar.

Sekiranya anda perlukan khidmat ejen hartanah untuk bantu dalam urusan JUAL dan BELI hartanah anda, boleh hubungi

𝐁𝐑𝐎 𝐒𝐇𝐀𝐌 𝐑𝐄𝐍𝟒𝟏𝟑𝟑𝟔 𝟎𝟏𝟗-𝟕𝟎𝟑𝟒𝟎𝟑𝟔

Compare listings

Compare