Sebelum itu, mari kita baca apa itu Tenancy Agreement.
𝟭. 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗶 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮
Perjanjian ini perlu ditulis dengan jelas, lengkap & wajib dipahami antara penyewa dan tuan rumah. Ini untuk mengelakkan ada sebarang isu berbangkit di masa akan datang. Oleh itu, sebaiknya kontrak tersebut perlu disediakan oleh peguam berdaftar atau ejen hartanah.
Contohnya, jika tuan rumah nak sewakan rumah bersama dengan perabot, maka perlu nyatakan sekali di dalam kontrak tersebut senarai perabot dan jika ada kerosakan siapa yang perlu bertanggungjawab. Ini untuk mengelakkan perbalahan.
Manakala sebagai penyewa perlu semak sama ada perabot yang dinyatakan itu ada atau tidak sebelum tandatangan perjanjian.
𝟮. 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻
Jumlah pembayaran sewaan bulanan, jumlah deposit, pulangan deposit bila penyewa keluar dari rumah dan sebagainya perlu dinyatakan dengan lengkap dan jelas.
Hal ini, untuk memastikan tiada perbalahan mengenai bayaran antara penyewa dan tuan rumah di masa akan datang.
Contohnya,
-Jumlah sewaan bulanan
-Jumlah deposit
-Jumlah deposit sekuriti & utiliti
-Tarikh bayaran
-Kaedah pembayaran
-Jumlah pulangan deposit bila penyewa keluar
𝟯. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻
Sebagai tuan rumah berhak menetapkan peraturan dan larangan ke atas rumah tersebut. Peraturan dan larangan ini perlu dinyatakan di dalam perjanjian supaya penyewa tahu apa yang dia boleh buat dan tidak boleh buat.
Antara contoh peraturan dan larangan yang selalu tuan rumah tetapkan:
-Penyewa berkeluarga/bujang
-Jadikan rumah sebagai premis perniagaan
-Ada kegiatan tidak bermoral di rumah (judi & dadah)
-Membuat renovasi tanpa persetujuan tuan rumah
𝟰. 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻
Tenancy agreement boleh dijadikan sebagai bukti pendapatan tambahan kepada bank. Ini sangat berguna apabila tuan rumah ingin membeli hartanah lain. Loan dari bank juga mudah lulus.