Kepentingan Deposit Rumah Sewa

Blog sebelum ini, Bro Sham ada ulas mengenai deposit rumah sewa. Melalui blog itu, saya ada nyatakan bahawa deposit rumah sewa memang PENTING untuk kedua-dua belah pihak. Hal ini bagi mengelakkan daripada apa-apa yang tidak diigini berlaku di masa akan datang. Jadi dalam blog kali ini, Bro Sham akan terangkannya :

1. Meyakinkan tuan rumah tentang cara pembayaran sewa bulanan oleh penyewa.

Sebagai tuan rumah mestilah mereka mahukan penyewanya mampu membayar sewa bulanan dengan baik. Oleh itu, dengan menggalakkan pembayaran deposit rumah sewa ini, ianya boleh membantu tuan rumah menilai sendiri sama ada bakal penyewanya itu boleh membayar sewa pada masa akan datang tanpa masalah atau tidak. Sekiranya pada peringkat awal penyewa sudah tidak mampu memberikan komitmen, besar kemungkinan ia boleh menjadi masalah di masa akan datang.

2. Jaminan kepada tuan rumah sekiranya berlaku kerosakan

Sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, tuan rumah boleh menggunakan wang deposit tersebut untuk menanggung kos pembaikian semula. Ini bukan sahaja boleh memberi kebaikan kepada tuan rumah malah juga pada penyewa sebab tak perlu pening-pening lagi nak sediakan duit bagi membayar kos kerosakan sebab sudah membayar deposit sebelum menyewa.

3. Boleh melunaskan tunggakan bil utiliti

Tidak semua penyewa mempunyai sifat bertanggungjawab dan mempunyai common sense yang bagus. Sebagai tuan rumah perlu sentiasa bersedia. Sudah ada banyak kes penyewa meninggalkan tunggakan sehingga beribu ringgit kepada pihak tuan rumah. Jadi sekiranya tuan rumah dah bersedia dengan deposit rumah sewa ini, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos kerugian yang perlu ditanggungnya.

4. Menampung kerugian sekiranya penyewa gagal bayar sewa

Tuan rumah perlu juga bersedia dengan sikap penyewa yang meninggalkan rumah sewa begitu sahaja selepas tidak membayar sewa. Jadi dengan adanya deposit ini, sekurang-kurangnya ia boleh menampung kerugian tunggakan sewa yang tidak dibayar.

5. Boleh menjadi deposit rumah sewa lain

Deposit rumah sewa ini bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada tuan rumah. Hal ini kerana, sekiranya pihak penyewa yang baik dan tidak berlaku sebarang masalah pada rumah yang disewa, jumlah deposit itu akan dikembalikan semula. Jadi penyewa boleh gunakan deposit ini sebagai deposit rumah sewa yang lain selepas tempoh menyewa tamat.

Compare listings

Compare