Kepentingan Melakukan Kaji Selidik Sebelum Membeli Rumah

Kepentingan Kaji Selidik

Proses membeli rumah bukanlah satu proses yang mudah. Ianya memerlukan ilmu dan pengetahuan yang tinggi. Ini supaya sebagai pembeli, anda tidak akan terlepas pandang dan seterusnya boleh merugikan anda kelak.
Jom kita teliti kepentingan melakukan kaji selidik sebelum membeli rumah:

𝟏. 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 ‘𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐦𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭 𝐯𝐚𝐥𝐮𝐞’

Penting untuk anda sebagai pembeli untuk semak harga pasaran (market value) sebelum membeli rumah. Ini untuk pastikan anda tidak mengeluarkan modal yang tinggi dan merugikan. Perlu buat research atau tanya pendapat yang pakar. Contohnya, mudah.my, iProperty, Propertyguru atau lantik perunding hartanah.

𝟐. 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤

Rumah adalah satu tempat untuk kita berteduh dan berehat. Sebagai pembeli pun, mesti nak kan yang terbaik. Oleh itu, lawatan tapak/rumah merupakan satu langkah penting supaya anda dapat memastikan rumah yang bakal anda diami berada dalam keadaan baik. Antara aspek yang perlu dilihat adalah seperti sistem pengudaraan, kebocoran paip, saluran air dan sebagainya.

𝟑. 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐬𝐤𝐢𝐦-𝐬𝐤𝐢𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧

Ada banyak skim-skim yang ditawarkan oleh pemaju, kerajaan dan bank. Contohnya, Skim Rumah Pertamaku, Skim Rumah Mampu Milik dan sebagainya. Rugi kalau sebagai pembeli, anda tidak memanfaatkan peluang ini sebab ianya boleh membantu mengurangkan kos belian dan boleh membiayai kos pembelian rumah.

𝟒. 𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐩𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭

Cari dan lantik perunding hartanah yang trusted dan boleh bantu dan beri nasihat dalam proses jual beli. Pastikan perunding hartanah yang anda lantik itu berdaftar secara sah dengan LPPEH. Bertanya dan minta mereka terangkan mengenai kos-kos yang terlibat supaya anda sebagai pembeli boleh bersedia.

Compare listings

Compare