Ketahui Kos-Kos Tambahan Semasa Pembelian Rumah

Sudah masuk tahun 2023, tapi masih ada lagi segelintir pembeli hartanah yang tidak tahu atau kurang pengetahuan tentang caj-caj lain yang terlibat dalam proses jual beli hartanah. Ada yang terkejut bila dapat tahu ada kos atau yuran lain yang perlu mereka sediakan sebelum memeterai perjanjian.

Ramai tak tahu yang mereka bukan sahaja perlu sediakan bayaran pendahuluan, tapi mereka juga perlu sediakan bayaran tambahan untuk kos CUKAI DUTI SETEM dan YURAN GUAMAN. Oleh itu sebagai pembeli, anda perlu tahu dulu kos-kos yang terlibat supaya anda dapat merancang kewangan anda.

Jom baca penerangan lebih lanjut..

CUKAI DUTI SETEM

Apa yang umum mengetahui, Duti Setem SPA hanya RM10 per salinan. Tetapi ada juga Duti Setem lain yang perlu diambil kira iaitu Duti Setem untuk Memorandum of Transfer (MOT) dan Surat Ikatan Penyerahan Hak (DOA). Kedua-dua yuran ini akan dikira berdasarkan pelan caj antara 1% hingga 4%.

Contoh:

Ahmad membeli hartanah yang bernilai RM500,00. Bermakna Ahmad berada dalam kelompok pertama (1% untuk RM100,000) dan kedua (2% untuk RM400,000).

Nilai hartanah = RM500,000
1% daripada RM100,000 = RM1,000
2% daripada RM400,000 = RM8,000

Jumlah duti setem yang perlu dibayar = RM9,000

Selain itu, bayaran cukai duti setem sebanyak 0.5% DARIPADA JUMLAH PENUH PINJAMAN juga dikenakan ke atas perjanjian pinjaman pembeli hartanah.

Contoh:

Nilai hartanah = RM500,000
Pendahuluan = 10% x RM500,000 = RM 50,000
Pembiayaan = 90% x RM500,000 = RM450,000

Jumlah duti setem yang perlu dibayar = RM450,000 x 0.5% = RM2,250

YURAN GUAMAN

Apakah itu yuran guaman?

Yuran guaman adalah sebahagian daripada SPA dan dicaj atas bantuan servis peguam dari segi proses perundangan semasa pembelian hartanah.

Yuran guaman akan dikira berdasarkan peratusan harga jualan hartanah, antara 0.5% sehingga ke 1% bergantung kepada nilai hartanah.

#image_title

Contoh:

Farhana membeli hartanah yang bernilai RM600,000, bermakna yuran guaman beliau berada dalam kelompok pertama (1% untuk RM500,000) dan kedua (0.8% untuk RM100,000).

Nilai hartanah = RM600,000
1% daripada RM500,000 = RM5,000
0.8% daripada RM100,000 = RM800

Jumlah yuran guaman = RM5,800

Semoga serba sedikit penerangan daripada Bro Sham ini dapat memberi manfaat kepada para pembeli untuk merancang kewangan anda sebelum membeli rumah.

Compare listings

Compare