Mana Nak Cari Geran

Geran adalah satu dokumen penting untuk pemilikan hartanah. Dari geran kita boleh tahu nama pemilik,keluasan,zoning,syarat nyata,no pelan akui dan lain-lain

Macam mana nak cari geran atau salinan geran? Ada 2 situasi

SITUASI 1: ADA NO GERAN

  1. Ini mudah. Boleh cari terus pada salah satu dari senarai ini:
  2. Peguam
  3. Pejabat tanah
  4. Pemaju
  5. Liquodator (hanya untuk kes2 yang bermasalah dengan pemaju)
  6. Bank (bank yang memberi pinjaman atas hartanah tersebut)
  7. Pejabat Pengurusan untuk bangunan strata(Tidak semua ada. Biasanya yang telah ada MC sahaja ada salinan sekiranya pemaju menyerahkan)

SITUASI 2: TIADA NO GERAN

Ini yang sukar. Perlu try and error dari senarai ini untuk dapatkan no geran, selepas itu buat carian melalui senarai di SITUASI 1.

  1. Cari maklumat hartanah di unit penilaian pihak berkuasa tempatan. (Sekiranya ada alamat)
  2. Cukai Tanah
  3. Cukai Pintu
  4. Carian di unit perancang Pejabat Tanah ( ini zaman saya,kalau sekarang berubah tolong betulkan)
  5. Peguam
  6. Liquidator
  7. Cara ‘old school ‘ melalui sheet & pelan akui

Ada nak tambah?
Semoga bermanfaat

Compare listings

Compare
Search
Price Range From To