Kisah rumah sewa didiami oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab, penyewa lewat atau tidak mahu bayar, tinggalkan rumah sewa dalam keadaan yang teruk dan sebagainya sering kita dengar.
Tapi tak sangka kes ini jadi pada Bro Sham.
Pada bulan Januari tahun lepas iaitu tahun 2021, ada seorang pemilik hartanah ingin sewakan rumah di Taman Impian Skudai. Owner melantik Bro Sham sebagai Perunding Hartanah dan Alhamdulilah berjaya dapatkan penyewa untuk beliau.(sebelum accept bro sham akan buat tapisan kepada tenant)
Namun bermula pada bulan April sehingga bulan Julai tahun ini, penyewa ada masalah membayar sewa mengikut masa yang telah dipersetujui antara penyewa dan pemilik rumah tersebut. Dan bermula pada bulan Ogos/2022 sehingga semalam, penyewa gagal membayar sewa kepada pemilik hartanah. Bukan itu sahaja, penyewa juga mengelak dari menjawab panggilan atau membalas whatsapp panggilan daripada Bro Sham dan juga pemilik hartanah.Bila datang rumah pun sentiasa kosong.
Sebagai pemilik hartanah, sudah tentu beliau sudah tidak dapat berdiam diri lagi. Beliau bercadang untuk mengambil tindakan sendiri kepada penyewa dengan ingin ‘lock’ pintu rumah tersebut. Jadi sebagai ejen hartanah yang telah dilantik, Bro Sham rasa bertanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan. Bro Sham cadangkan untuk pemilik hartanah tidak bertindak secara melulu. Justeru, kata putus telah dibuat hasil daripada perbincangan semua pihak iaitu penyewa diberikana masa 2 jam untuk bayar tunggakan sewa atau kes akan refer kepada polis dan lawyer. Lebih selamat dan tidak melanggar undang-undang di Malaysia.
Oleh sebab itu, pentingnya untuk setiap pemilik hartanah untuk buat ‘Tenancy Agreement’ sebelum sewakan hartanah atau lantik ejen hartanah untuk memberi nasihat yang bernas. Sebab ejen hartanah yang berdaftar dan berpengalaman telah diberikan latihan mengawal dan menghadapi masalah seperti ini serta telah diberikan penerangan mengenai akta-akta dalam undang-undang Malaysia.