𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 :
𝟭. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗹𝗲𝘅𝗶𝗯𝗹𝗲
Antara salah satu kelebihan yang tidak semua pekerjaan miliki ialah anda akan mempunyai kebebasan masa. Sebagai perunding hartanah anda boleh bekerja bila-bila masa dan dimana sahaja.
Yang penting anda kene bijak mengatur strategi dan cara untuk dapatkan pelanggan.
𝟮. 𝗨𝗻𝗹𝗶𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗜𝗻𝗰𝗼𝗺𝗲
Sebagai perunding hartanah, anda boleh menetapkan sendiri pendapatan yang anda ingin setiap bulan tanpa had. Dengan syarat anda kene berusaha lebih dan pulangnya juga akan lebih.
Perunding hartanah yang berfikiran jauh dan nekad mengubah kehidupan mesti akan sentiasa melipat gandakan usaha untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti kerja mereka.
𝟯. 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗮𝗱𝗲𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻
Apabila anda menjadi perunding hartanah, leader-leader yang berpengalaman akan sentiasa adakan kelas secara “Face To Face” atau Webinar ZOOM. Ini untuk kongsikan ilmu hartanah, guideline, ilmu marketing dan sebagainya. Kami akan bimbing anda sehingga menjadi perunding hartanah yang berjaya.
Ilmu dan pengalaman ini memang tidak akan dapat dimana-mana melainkan anda berani mengharunginya. Daripada ilmu dan pengalaman inilah yang akan mengembangkan lagi ilmu pelaburan dalam bidang hartanah.
𝟰. 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻
Menjadi seorang perunding hartanah memerlukan anda untuk saling berhubung dengan peguam, pegawai bank, pejabat tanah dan ramai lagi.
Semakin ramai anda berhubung, semakin meluas rangkaian kenalan anda.
Hubungan yang baik ini akan memudahkan anda untuk melaksanakan kerja dan mempercepatkan proses kerja tersebut.