Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini. Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka. Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
Disini yang “summarize“ kan untuk anda semua:
MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”
Kenapa saya cakap macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : RM 297,000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.
Contoh
Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM 160,000.
- Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM 297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan.
- Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
- Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
- Duit RM 137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.
Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan. Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.
Jadi dengan Ambil MLTT:
- Protection Rumah dapat
- Hibah dapat
- Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.