Sebab-Sebab Permohonan Loan di Tolak

Antara perkara yang paling dibimbangkan atau dinantikan semasa dalam proses membeli hartanah adalah apabila menunggu keputusan permohonan pinjaman rumah. Sudah pasti semua pemohon mahukan permohonan mereka diterima dan seterusnya dapat memiliki rumah sendiri.

Namun, menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar jumlah permohonan yang ditolak oleh bank semakin meningkat kepada hampir 60%. Perkara ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas. Justeru, ini membuktikan bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia sebenarnya masih bergelut untuk memiliki rumah sendiri.

Adakah anda merupakan salah seorang individu yang menghadapi perkara ini?
Jika ya, jom kita kenalpasti punca-punca disebalik isu tersebut.

𝗣𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡

Salah satu kesalahan yang sering dibuat oleh pemohon adalah tidak mengkaji atau fahami proses-proses yang terlibat untuk memohon pinjaman rumah. Antara perkara yang patut dibuat sebelum menghantar permohonan adalah mengetahui dulu tahap kemampuan sendiri dengan menilai dulu sama ada pendapatan bulanan anda boleh menampung bayaran balik pinjaman atau tidak.

Ramai pemohon yang dapat listing rumah idaman mereka, kemudian terus menghantar permohonan di bank tanpa membuat semakan. Akhirnya permohonan itu akan ditolak oleh bank.

Oleh itu, perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan semak dulu CCRIS atau CTOS. Kedua-dua perkara ini amat penting sebab pihak bank akan semak dulu status kewangan anda untuk mengetahui dulu Nisbah Khidmat Hutang (DSR) anda.
Nak tahu lebih lanjut apa itu DSR dan cara pengiraannya, boleh baca di sini Macam Mana nak Kira Kelayakan Loan Pinjaman Rumah?
Sebab itu, jika anda menggunakan khidmat perunding hartanah, perkara pertama yang mereka akan buat adalah semak kelayakan kemudian barulah cari rumah yang sesuai. Jika anda melakukan perkara yang sama, InsyaAllah permohonan anda akan diterima.

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 / 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨

Seperti semua sedia maklum, proses permohonan pembiayaan rumah ini memang agak rumit. Lebih-lebih lagi bila anda uruskanya sendiri. Anda perlu pastikan segala dokumen yang diperlukan oleh bank lengkap. Apabila lengkap, mudahlah pihak bank nak uruskan kes anda.

Menurut pihak bank, antara dokumen yang selalu pemohon terlepas pandang ialah dokumen bukti pendapatan yang kukuh. Contohnya, akaun simpanan dan pengisytiharan cukai pendapatan. Nampak remeh, tapi dokumen ini amat diperlukan.

Selain itu, pemohon juga perlu pastikan borang permohonan diisi dengan betul dan lengkap. Rugi sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan kecil seperti salah isi alamat atau butiran status perkahwinan.

Dan yang paling penting, jangan memalsukan dokumen kewangan anda. Ini bukan sahaja boleh buat permohonan anda ditolak malah boleh menjadi kes polis.

𝗣𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨/𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛

Sebelum anda ingin hantar permohonan pinjaman rumah, ada baiknya anda semak dulu latar belakang pemaju atau pemilik hartanah. Kenapa?

Salah satu sebabnya adalah untuk pastikan pemaju atau pemilik hartanah tersebut tidak diisytiharkan muflis. Hal ini kerana, mengikut undang-undang Malaysia, mereka yang telah diisytiharkan muflis atau sedang dalam prosiding undang-undang CTOS, tidak dibenarkan melakukan apa-apa transaksi hartanah.

Pemohon juga perlu pastikan yang pemaju itu tidak disenarai hitamkan oleh bank, Kementerian Perumahan atau Kerajaan Tempatan. Kalau tidak, permohonan anda akan ditolak.

Compare listings

Compare