Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang CTOS

Bahagian 1

Untuk memiliki hartanah, antara dokumen yang WAJIB disediakan adalah laporan CTOS. Sebab itu jika anda menggunakan khidmat perunding hartanah, langkah pertama yang mereka buat adalah semak CTOS. Jadi sudah terang lagi bersuluh laporan CTOS ini memang penting. Kemudian baru lah proses yang lain dapat diteruskan.

Sebagai perunding hartanah yang sudah berpengalam hampir 4 tahun, antara soalan yang lazim ditanya mengenai CTOS termasuklah:

  • Apa itu laporan CTOS?
  • Bagaimana CTOS ini berfungsi?
  • Macam mana nak baca skor kredit?
  • Saya dah tahu rekod saya memang baik, masih perlu ke laporan CTOS lagi?

Dalam blog Bro Sham kalini, saya akan terangkan segala yang anda perlu tahu tentang CTOS supaya kita dapat tambah ilmu dan memudahkan urusan jual beli rumah dimasa akan datang.

𝗖𝗧𝗢𝗦 – 𝗖𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝗧𝗶𝗽 𝗢𝗳𝗳 𝗦𝗲𝗿𝘃𝗶𝗰𝗲

Secara umumnya, CTOS ini merupakan agensi laporan kredit persendirian yang menyimpan rekod kredit setiap individu atau syarikat.
Bermaksud, CTOS merupakan sebuah sistem maklumat utama yang akan mengumpul segala maklumat mengenai individu atau syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam. Sistem ini juga telah digunakan secara meluas oleh sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain.

Sistem ini menjadi pangkalan data elektronik yang menyediakan proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk bank atau institusi kewangan menilai kepercayaan kredit dan keupayaan peminjam membayar semula pinjaman. Atau lebih mudah, Laporan CTOS ini menjadi laporan sokongan yang menentukan sama ada pemohon layak atau tidak kayak membuat pinjaman rumah.

𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 – 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗖𝗧𝗢𝗦 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮:

  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Warta dan penerbitan kerajaan
  • Jabatan pendaftaran negara
  • Carian di pendaftar pertubuhan.
  • Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang / litigators / penyokong perdagangan
  • Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek itu sendiri

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗖𝗧𝗢𝗦

Seksyen A- Pengesahan identiti

Mengesahkan individu tersebut berdasarkan Nombor Pengenalan, nama penuh, syarikat atau nombor pendaftaran perniagaan. Ini membantu mengesan dan mengelakkan sebarang penipuan atau kecurian identiti.

Seksyen B – Senarai Dalaman/ Pendedahan Kumpulan

Bahagian ini mengandungi maklumat pelanggan itu sendiri atau rujukan. Ia berkaitan dengan pengalaman perniagaan sendiri dengan pelanggan mereka.

Seksyen C – Jawatan Pengarah dan Kepentingan Perniagaan

Rekod pengarah dan pegangan saham seseorang. Maklumat di bahagian ini dugunakan oleh bank untuk mengesahkan sifat sebenar pendapatan seseorang.

Seksyen D – Tindakan Undang -Undang

Bahagian ini membantu seseorang memahami latar belakang, sejarah subjek dan pengalaman perniagaan. Bahagian ini juga membantu menacari maklumat kebankrapan, tindakan undang-undang dan status kes.

Seksyen E – Pengadil Perdagangan dan Komen Subjek

Pengadil Perdagangan – pelanggan CTOS yang mahu berkongsi pengalaman perniagaan mereka yang dikenali sebagai “Rujukan Perdagangan” pada subjek dan syarikat-syarikat mereka atau perniagaan yang telah diuruskan oleh mereka
Komen subjek – Membolehkan pihak yang terlibat dalam sesuatu kes menceritakan kisah sampingan mereka. Komen-komen mestilah objektif dan hanya terhad kepada kes itu.

Bro Sham akan sambung lagi topik CTOS dalam blog seterusnya.
Stay Tuned!

Compare listings

Compare