Saya Mohd Noorhisham Bin Bussera,lebih dikenali nama panggilan BroSham. Perunding hartanah yang berdaftar di LPPEH REN 41336
6 tahun pengalaman sebagai Perunding Hartanah. Terdapat seramai 110 orang perunding hartanah di bawah bimbingan saya. Jumlah jualan rumah subsale 178 unit dan telah dinobatkan dalam kedudukan 10 terbaik Nationwide. Jumlah komisen dalam tempoh 3 tahun mencapai sebanyak RM645,000.
Walaupun pandemic covid-19 melanda, ianya tidak menjejaskan saya sebagai perunding hartanah malah telah mencapai jumlah jualan rumah subsale sebanyak 45 unit pada pandemik pertama dan jualan rumah sebanyak 39 unit pada pandemik kedua.
Sebagai perunding hartanah yang profesional, saya berjaya membantu owner mencari buyer bagi 15 unit rumah yang hampir di lelong dalam tempoh selepas pandemik. Selain itu, saya telah membuat pengubahsuain dan mendapatkan ready buyer untuk 10 unit rumah yang sebelum ini terbengkalai.
Saya juga telah memecah rekod menjual sebanyak 6 unit rumah dalam tempoh 24jam. Seterusnya, terdapat situasi yang mencapai closing secara atas talian antara pembeli di Singapore dan hartanah di Johor. Di samping itu, saya membantu pelanggan yang mempunyai rekod tidak cantik dengan pihak bank dalam tempoh 6 bulan, Alhamdulillah pelanggan tersebut dapat memiliki rumah idamannya.
Antara kepakaran Bro Sham
Selain menguruskan proses jual beli hartanah, saya juga menyediakan khidmat mengubah suai dan membaik pulih hartanah.
Perkhidmatan saya meliputi kawasan di Johor,Melaka dan Kuala Lumpur. Sekiranya mempunyai permintaan di Pantai Timur atau Utara, usah risau saya ada team yg terbaik disana.
Kepada pelanggan yang berkeinginan membeli rumah atau mempunyai rekod kurang cantik jangan malu atau segan, kami sedia membantu sehingga anda memiliki rumah idaman!
Introducer juga ada commisson yg lumayan!
Bro Sham
COMMITMENTS, CONSISTENCY, RESPONSIBILITY
Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.